Thursday, 29 August 2013

progres 1

assalamualaikum wbt...

kali ni she nak update sket pasal kerja-kerja  pembinaan kat rumah she..secara rasminya kerja-kerja bermula pada 26 Ogos 2013..kami tak lantik mana-mana kontraktor luar..kami guna khidmat sepupu asben..

dalam proses renovation rumah dalam kawasan perumahan a.k.a rumah taman ni kita perlu memohon lesen untuk mengubahsuai rumah melalui majlis bandaran kawasan masing-masing..macam kes kami melalui Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS)..memohon lesen untuk mengelakkan didenda oleh majlis disebabkan membuat ubahsuai tanpa kelulusan...

beberapa keperluan dokumen terutamanya pelan ubahsuai, S&P dan Borang F serta bayaran perlu disediakan untuk mendapatkan kelulusan MBAS dan perlu melantik arkitek bertauliah untuk melukis pelan rumah yang ingin diubahsuai..kos untuk pelan bergantung kepada arkitek..selain itu, sekiranya binaan dibuat tanpa kelulusan, pihak majlis akan mengeluarkan denda dan meminta empunya rumah untuk menguruskan permohonan lesen dalam kadar segera...dan sekiranya binaan rumah yang baru dibina melebihi had yang dibenarkan, denda akan dikeluarkan mengikut keluasan..melalui sumber yang kami perolehi, kita perlu menyimpan keluasan 6 kaki di belakang dan tepi rumah bagi rumah jenis semi-D..

macam she dan asben..kami sebenarnya memang nak apply untuk lesen dulu..tetapi disebabkan terpengaruh dengan cakap2 yang kate "takpe buat dulu..nanti die saman kite mohon la..." so kami mulakan dulu..dan hari ni disebabkan rasa cam takut dan bersalah, n nak elakkan denda yang tinggi kami  berurusan dengan arkitek yang boleh melukis pelan untuk kami dan menguruskan hal permohonan lesen renovation ...rasa lega sket bila satu step dah setel..die juga nasihatkan kami supaya stop dulu pembinaan sehingga dapat lesen dalam 2 minggu lagi...kalau dah kene denda prosedur permohonan akan lebih susah katenye..

bile permohonan kami nanti dah lulus, kami akan dapat sticker lesen so majlis takkan kacau la...

Saturday, 17 August 2013

'ngelat' pantang

salam lebaran semua...

sedar tak sedar dah hari ke-11 kita beraya...semalam pun mak mertua she buat open house..almaklumlah tahun ni semua beraya di luar..tak beraya di alor setar..jadinye kene la buat open house supaya dapat beraya dengan saudara mara di kedah pulak...

penat jugak lah adik beradik ipar duai bangun pagi2 berkemas dan masak..mak mertua kalau buat open house mesti masak macam2..antara menu yang ada semalam..
1. nasi impit dan rendang, rendang hijau
2. pulut kuning dan kari daging..memang my peberet
3. laksam dan laksa
4. mee goreng
5. kuih-muih, biskut raya

mula-mula tetamu yang datang macam slow jek..makin ke petang macam tak menang tangan nak melayan dah..last2 kene turun ke dapur masak lagi..hehe..

ape yang she nak kongsi bukan lah pasal raya sangat..just update sket pasal berpantang..kalo raye dah masuk hari ke-11, she pun berpantang masuk hari ke-11..tapi harini she pun dah start kerja..dari pagi tadi sampai pukul 1 tadi berdiri dah 4jam setengah...kalo ikutkan nak jek sambung cuti lagi...

sejak 1 syawal haritu she memang dah berpantang ikut cara she la..
1. jaga pemakanan aka makanan pantang orang bersalin
2. minum air suam..n she minum juga kopi dan milo..
3. banyakkan berehat, jangan banyak sangat pergerakan
4. mandi air suam, pakai stokin
5. makan ubat rempah..she beli set bersalin jenama Afiat..
 6. elakkan badan bersejuk
7. barut tu kadang2 pakai..hehe

TAPI..she ni kadang-kadang bukannye istiqamah sangat..terbabas jugak..cam semalam la..sebab kalut sangat nak bersiap untuk open house she mandi air paip biase..nak kate sejuk sangat tu takde la..sebab biasanya she memamg mandi air suam..nak tau pe yang jadi..malam tadi kaki she jadi sakit dan lenguh..nak jalan pun cam tak larat..tu la akibatnye..

ade lagi..she teringin sangat makan lemang dari 1st raya haritu, she makan lemang 2potong..tu pun she makan mase semua orang dah tido, mase teman asben buat kerja...tapi rasenye takde pape kot sebab she boleh lagi taip entry nih..syukur..

sebelum tu pulak (hari sebelumya) she ade minum sket air sejuk, teringin sangat tengok budak2 nih minum she pun teguk la sket..pastu perut macam rase kembung semacam..senang pulak perut nih meragam..memang cari pasal..

sebelum tu lagi..she ada keluar rumah ngan asben sebab ade urusan sket kat kolej..kebetulan hari dah tengahari she pun gtau asben she nk makan nasi ayam jek..sebab she rase nasi ayam ngan sup panas cam ok jek sebab she dah masuk hari ke-7 pantang..she tak makan pun sos cili dan kicap die..so kitorang pun singgah la kat Nasi Ayam TAT..dekat ngan umah sewa she jek..petang tu balik lewat petang..pastu she satu malam sakit kepala..kuar rumah pun kire langgar pantang gak ker???? or dalam nasi ayam tu ada letak perasa..she sensitip sket dengan perasa nih..
susah jugak ye bile berpantang nih..kalo langgar pantang memang badan kite boleh rase sakit2nye..so jangan NGELAT masa pantang..tapi she ni manusia biasa tak tahan godaan..~ayat cover nih...

daripada pengalaman she, berpantang semasa selepas melahirkan dan keguguran memang penting..kalo kite tak jaga pemakanan dan kesihatan kita memang akan senang dapat sakit..she ni boleh dikatakan susah nak alah sebarang makanan..semua pun she makan..tapi bile dalam berpantang salah sket jek mulalah macam2...

minggu depan she nak mintak mak mertua carikan orang mengurut..badan she memang sakit2 dah..lenguh belakang ni makin menjadi2 pulak..then, she nk bersauna untuk lancarkan perjalanan darah semula...walaupun dah habis pantang 14 hari nanti, sebahagian daripada amalan berpantang kene diteruskan..bukan pantang terus yek..

bubai..selamat berpantang...
bagus untuk berdiet di bulan raye ni..



Friday, 9 August 2013

penjagaan selepas keguguran


SEDIKIT INFO BERKENAAN KEGUGURAN
(hasil daripada pembacaan dan kajian terhadap penulisan pakar perubatan yang she lakukan)

Keguguran kandungan pada awal kehamilan merupakan keadaan yang biasanya terjadi pada trimester pertama (12 minggu pertama). Terdapat juga keadaan keguguran pada trimester kedua dan ketiga tetapi peratusan lebih rendah berbanding trimester pertama.

Tanda-tanda yang menunjukkan berlakunya keguguran adalah pengeluaran darah yang banyak daripada faraj. Kadangkala ada di antara ibu hamil yang mengalami spotting lendir coklat pada awalnya dan berakhir dengan tragedi keguguran kandungan. Oleh itu, keadaan pengaliran darah daripada faraj merupakan perkara yang tidak boleh diambil mudah bagi ibu- ibu hamil. Sekiranya berlaku pendarahan ibu dinasihatkan terus mendapatkan pemeriksaan daripada doktor secepat mungkin.

Antara faktor-faktor yang dikenalpasti menyumbang kepada keguguran awal kehamilan adalah ketidaknormalan pada genetik janin. Ada kemungkinan semasa persenyawaan berlaku jumlah kromosom yang disenyawakan tidak normal menyebabkan penghasilan zigot dan embrio yang tidak sempurna dan tidak dapat berkembang.

Selain itu, masalah uterus ibu yang lemah juga boleh menyumbang kepada masalah keguguran dan pendarahan. ketumbuhan benign seperti fibriod dan kecacatan pada uterus itu sendiri juga antara penyebab keguguran.

Ibu-ibu yang menghidapi penyakit seperti diabetes, penyakit kardiovaskular, masalah renal dan juga infeksi pada uterus juga boleh mengalami keguguran. Olehitu, ibu- ibu yang menghidapi penyakit tersebut perlu sentiasa mengawasi keadaan kesihatan mereka sepanjang kehamilan mereka disebabkan mereka berpotensi besar mengalami keguguran sekiranya penjagaan kesihatan tidak dititikberatkan.

Ketidakseimbangan hormon progesterone badan juga boleh menjurus kepada masalah pendarahan dan keguguran. Hormon progesterone berfungsi dalam merangsang dan mengekalkan ketebalan dinding endometrium dalam uterus di mana bekalan darah yang banyak diperlukan untuk memastikan implantasi yang sempurna berlaku.

Masalah pada sistem pembekuan darah atau dikenali sebagai trombofilia juga mengakibatkan pembekuan darah berlaku melebihi keperluan darah. Ibu yang mengalami masalah ini perlu diberikan ubat pencair darah.

Faktor fizikal dan persekitaran juga dipercayai boleh menyebabkan pendarahan dan keguguran. Faktor pekerjaan ibu hamil juga memainkan peranan ibu. Ibu yang bekerja berat dan kurang rehat serta tidur boleh menjejaskan kesihatan. Keadaan stres dan tekanan yang teruk juga menyebabkan masalah keguguran. Hentakan atau tumbukan pada bahagian abdomen serta ibu yang terjatuh yang menyebabkan hentakan kuat juga boleh menyebabkan keguguran.

PENJAGAAN SELEPAS KEGUGURAN

Penjagaan selepas keguguran adalah sama seperti penjagaan selepas melahirkan dan apa yang membezakan adalah tempoh masa sahaja. Tempoh berpantang bagi ibu yang keguguran adalah lebih singkat berbanding ibu yang melahirkan. Ada yang berpendapat tempoh berpantang sehingga ibu hamil semula dan melahirkan..

Amalan berpantang yang biasanya dilakukan perlu diamalkan untuk memastikan kesihatan  ibu dan proses penyembuhan dapat berlaku sebaiknya. Tempoh berpantang selepas keguguran ini juga membolehkan fasa pemulihan emosi ibu selepas kehilangan dan meningkatkan kembali kekuatan emosi dan fizikal.

Amalan berpantang yang boleh dipraktikkan adalah daripada aspek pemakanan, rehat yang mencukupi dan pengambilan ubatan dan supplemen. Ibu dinasihatkan juga berpantang makanan yang dikhuatiri boleh menyebabkan masalah 'angin gugur', 'batu meriyan' seperti sotong, udang, telur dan sebagainya. Elakkan pengambilan air sejuk, berais dan bergas. Pengambilan ikan dan ayam dibolehkan semasa proses berpantang.

Ibu juga digalakkan mengambil ubatan seperti herba dan rempah untuk memulihkan bahagian dalaman. Suplemen tambahan juga diperlukan untuk memulihkan sistem badan, meningkatkan penghasilan darah, mencergaskan badan. Amalan bertangas dan bersauna juga membantu melancarkan pengaliran dan peredaran darah di samping dapat membakar lemak yang berlebihan.

Rehat dan tidur yang mencukupi amat diperlukan untuk ibu yang berpantang. Ibu juga tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja berat ataupun direhatkan daripada melakukan kerja-kerja rumah. Selain itu, ibu juga perlu berehat daripada melakukan hubungan atau bersama dengan suami untuk jangkamasa 30 hari bagi keguguran 12 minggu pertama kehamilan.

Penjagaan kebersihan juga perlu diutamakan terutamanya sekiranya pengaliran darah masih ada untuk mengelakkan jangkitan. Ubatan antibiotik yang dibekalkan mestilah dihabiskan mengikut selang masa yang ditetapkan.

Ada juga yang mengamalkan pemakaian stokin dan menyapu minyak panas untuk mengelakkan sejuk serta mandi air suam. Ibu dinasihatkan segera ke hospital sekiranya demam, pengeluaran cecair dan darah yang banyak dan adakalanya berbau busuk yang menandakan jangkitan berlaku....

"She sekadar berkongsi info dan ilmu yang she baca dan perolehi daripada orang-orang tua, pengamalan dan pemahaman adalah hak masing-masing...kesihatan perlu diutamakan...mana tersalah silap atau kurang tepat, komen dialu-alukan..."


kisah 1 syawal


Alkisahnya menjelang 1 syawal.....

Kami sekeluarga sememangnya sibuk membuat persiapan raya sama seperti keluarga yang lain..tahun ni kami beraya di teluk intan..jadi sebelum bergerak pulang kami sibuk mengemas rumah n memasak sedikit juadah hari raya untuk dibawa pulang...

Kebetulan ramadan kali ini kami banyak menghabiskan masa dirumah mertua..jadi kami terpaksa berulang-alik dari teluk jamat ke alor setar untuk mengemas rumah dan mengambil sedikit keperluan dirumah sewa kami....terasa sedikit keletihan apabila banyak bergerak..almaklum sejak disahkan hamil pada awal ramadan, tenaga bagaikan semakin berkurangan tambahan dengan ibadah puasa...

Syawal kali ini kami bercadang menyiapkan juadah dari alor setar untuk dibawa pulang ke teluk intan disebabkan memikirkan mak yang kurang sihat dan baru-baru ni mak baru sahaja keluar dari hospital...jadi en asben pun setuju dan membantu membeli barang keperluan untuk menyediakan rendang, ketupat dan kari...lemang kakak di perak yang buat...mak mertua juga tolong memasak...tetapi badan tetap terasa keletihan dengan tugas-tugas yang semakin banyak...she tetap menggagahkan diri mengemaskan pakaian  untuk pulang berhari raya di perak..

Tepat jam 5.20 petang kami bergerak dari teluk jamat menuju ke teluk intan melalui lebuhraya utara-selatan melalui tol alor setar utara...perjalanan agak lancar..hway tidak terlalu sibuk dengan kenderaan...kira-kira jam 7.15 petang kami singgah di r&r gunung semanggol untuk berbuka puasa..memandangkan en asben pun terlalu letih untuk meneruskan perjalanan...kami memilih untuk berbuka di pondok yang disediakan di r&r ini berhampiran taman permainan supaya irfan boleh bermainan dan kurang merengek...jam 7.34 petang kami pun berbuka menikmati juadah bekalan kami...

Selesai berbuka kami pun berehat sebentar dan bersolat..she n irfan juga ke tandas dan apa yang mengejutkan apabila she dapati she bleeding...walaupun dua hari sebelum ni spotting lendir coklat dah keluar...she anggapkan perkara biasa bagi wanita hamil..she cuba menenangkan diri...

Sebelum bertolak she menyusun semula barang-barang belakalan yang dikeluarkan semasa berbuka tadi di kereta..irfan yang berada di tepi she tiba-tiba berlari ke arah kereta di belakang..disebabkan kereta kami berada di bahu jalan she cuba menarik tangan irfan, tetapi apa yang berlaku kaki she termasuk dalam lubang kecil disitu..n she terjatuh...terdetik dalam hati risaukan kandungan she...

Kami meneruskan perjalanan dan sampai kira-kira jam 10 malam kami sampai di rumah mak..sesampai sahaja en asben mengeluarkan semua barang dari kereta dan she terus berehat...she ada rasa sedikit kelainan pada bahagian perut tapi she ingat sebab masa berbuka tadi ada makan makanan berempah n kari...she biarkan sampai she tertidur....

Lebih kurang jam 4 pagi...she rasakan macam nak membuang air kecil..she pun bangun dan duduk di tepi tilam..dalam kesamaran cahaya she boleh rasakan ada cecair yang banyak keluar dan tetiba ade sesuatu yang agak besar meluncur keluar..

She terdiam sebentar melihat darah yang begitu banyak dan berketul-ketul keluar...she masih berdiam diri dan telah dapat menduga keguguran kandungan she..setelah mendapat kekuatan she kejutkan en asben..dan mak pun bangun juga melihat keadaan she..

Sepanjang perjalanan she merasa sakit sedikit-sedikit bertambah..she rasakan perjalanan ke hospital teluk intan begitu jauh daripada biasa..jam 4.20 pagi kami sampai ke jabatan kecemasan hti..asben mendaftar dan meminta wheelchair daripada petugas kaunter sementara she masih menunggu di kereta yang diletak di depan kaunter..kemudian she pun keluar dari kereta dan petugas tadi terus menyapa.."eh..puan..." itu pun sudah cukup menandakan petugas tadi adalah anak didik PPP di KPPAS..she hanya mampu tersenyum...dan berkata "saya sakit ni..." 

Dia juga memberitahu wheelchair tiada dan bertanya she boleh berjalan atau tidak...she yang masih cuba mengingati 'student' she tadi dari kumpulan pelatih yang mana tidak membuang masa terus memberitahu she boleh berjalan dan terus mengikutnya ke yellow zone...

Di situ she diperiksa oleh 3 orang HO lelaki berbangsa cina..mereka mengambil sedikit history berkenaan kandungan dan clerk case...kemudian ultrasound dijalankan untuk melihat sekiranya janin masih ada didalam uterus..ketiga-tiga mereka mencuba tetapi masih tidak berjaya melihat dengan jelas..dan tidak berani membuat keputusan ke atas keadaan she...kemudian datang pula seorang doktor perempuan india dan dia menjalankan ultrasound dan memberitahu bahawa janin tidak dapat dilihat lagi dalam uterus..

She seterusnya dihantar ke labor room untuk pemeriksaan oleh doktor pakar gynea...she diminta menukar kain batik yang dipakai kepada pakaian pesakit..semasa menukar baju she sekali lagi bleeding dengan banyak...nasib baik she memakai diaper dewasa yang diberi mak tadi..she menunjukkan darah yang keluar tadi kepada doktor di situ...kemudian sekali lagi ultrasound dilakukan dan prosedur mengeluarkan lebihan darah dan ketulan yang dipercayai janin she...menitis air mata melihatnya..sebak tak terhingga...doktor juga membuat scan dari bawah untuk melihat sisa-sisa darah yang tinggal..menurut beliau hanya ada sedikit sahaja sisa yang ada dan tidak perlu melalui prosedur D&C dan beliau juga cuba mengeluarkan sisa tersebut..

Doktor juga memberitahu she perlu dimasukkan ke wad dan pemantauan akan dilakukan ke atas jumlah cecairan darah yang keluar...she juga akan diberikan suntikan ubat IM untuk mengeluarkan saki baki darah...antibiotik Amoxillin iuga diberikan untuk mengelakkan jangkitan..

Sepanjang berada di wad dari jam 7.00 pagi she berasa sangat sedih atas kehilangan tadi walaupun asben ada menemani...seluruh ahli keluarga telah dimaklumkan..tengahari tu mak dan adik datang melawat.asben yang pulang jam 9.30 pagi juga datang membawa irfan..irfan hanya datang melawat melalui tingkap..nasib baiklah wad di ground floor..

Jam 5.30 petang hari yang sama..she dibenarkan keluar..tamatlah beraya 1 syawal di wad harini...kesian asben n irfan kene beraya dalam wad...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...