Friday, 15 March 2013

kerjayaku

Salam ..

hari ni she nak kongsikan sedikit info berkenaan kerjaya...kerjaya she bermula pada 2007 apabila berjaya dalam temuduga SPA pada Nov 2006...sedikit kronologi kerjaya she...

secara KRONOLOGInya...

Nov 2006 - temuduga SPA, Kuala Lumpur, Jln Chenderasari..

Dis 2006 - keputusan temuduga SPA dikeluarkan ~ she lulus temuduga

Mac 2007 - menjalani kursus intensif di Port Dickson, N9 selama 2 minggu

April 2007 - lapor diri di penempatan pertama, Kuala Lumpur

April 2007 - Ogos 2010 - bertugas di Kuala Lumpur

Ogos 2010 - sehingga hari ini - bertugas di Alor Setar, Kedah 

mesti tertanya-tanya apakah tugas yang she sandang...sebenarnya jawatan yang diberi tidak begitu dikenali seperti mana jawatan2 hebat lain...keje she mengajar di kolej kementerian kesihatan malaysia untuk kursus diploma selama tiga tahun bagi latihan separa perubatan..



Kump 22 (Julai 2007 - Jun 2010)

kump 22 ni adalah kumpulan pertama yang she n d team selaraskan..pada masa tu en azlan sebagai ketua..kemudian allahyarham en mohamad yang ambil alih selepas en azlan ke BPL..

serba sedikit info tentang kolej... 

Kolej Teknologi Makmal Perubatan (KTMP) 
Kuala Lumpur.





Logo Kolej Teknologi Makmal Perubatan



Kolej Teknologi Makmal Perubatan atau dikenali dengan nama pendeknya KTMP yang terletak di Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Ianya diwujudkan bagi melatih pelatih Juruteknologi perubatan yang akan menjalani latihan sepanjang 3 tahun atau 6 semester di sini. Setelah mereka berjaya menamatkan kursus ini, mereka akan dilantik sebagai Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29 yang terlatih dan akan ditempatkan di klinik-klinik dan hospital-hospital kerajaan di seluruh Malaysia.

MLT (Medical Laboratory Technologist) atau JTMP (Juruteknologi Makmal Perubatan) bekerja dalam makmal klinikal atau makmal patologi. Di makmal ini, JTMP menjalankan analisis darah, cecair badan, sel-sel dan tisu. Tugas mereka ialah membantu para doktor menentukan penyebab penyakit dan memberi rawatan yang tepat.JTMP membantu pakar penyelidik dalam ujian dan eksperimen penyelidikan. Mereka juga bekerjasama dengan ahli sains dalam projek penyelidikan.

Juruteknologi Makmal Perubatan memainkan peranan dalam menentukan hidup dan mati seseorang. Keputusan ujian dapat membantu diagnosis penyakit dan membenarkan pemilihan rawatan yang diperlukan bagi setiap pesakit. JTMP bertanggungjawab terhadap rawatan pesakit dengan menjalankan prosedur makmal dalam bank darah, hematologi, kimia klinikal, mikrobiologi dan patologi klinikal.


Subjek yang akan diambil oleh pelatih Diploma juruteknologi makmal perubatan
Tempoh latihan adalah selama 6 semester atau 3 tahun Sains asas – Biologi, Kimia, Anatomi, Imunologi, Biostatistik Sains perubatan – Biokimia klinikal, Mikrobiologi Perubatan, Hematologi, Sains Transfusi Darah, Sitologi & Histologi


Keadaan di dalam dewan syarahan yang digunakan untuk pensyarah untuk menyampaikan syarahan masing-masing.


SEMESTER 1(sains asas)
~Statistik and mathematics
~Kimia
~Instrumentasi
~Biochem
~Biologi Manusia
~Immunologi
SEMESTER 2,3,6

Pelatih semester 2 sedang membedah seekor arnab untuk melihat organ dalaman haiwan tersebut dalam modul Histopatologi.

~Imunohematologi ~Hematologi ~Parasitologi Perubatan ~Mikrobiologi Perubatan ~Sitologi ~Histopatologi ~Patologi Kimia 
SEMESTER 4 & 5

Semester 4 dan semester 5 adalah semester Praktikal. Para pelatih akan ditempatkan di hospital besar di setiap negeri pilihan masing-masing.


Pelatih sedang menjalani latihan praktikal di makmal Histopatologi

Semester 4 - Makmal patologi kimia, mikrobiologi dan parasitologi

Semester 5 - Makmal Haematologi, Imunohematologi, Histopatologi dan Sitologi.

Huraian Setiap subjek
Biokimia Klinikal
-Dalam Biokimia Klinikal, anda akan menguji bahan kimia dalam darah, urin dsb. seperti gula dalam darah, kolesterol, urea, enzim hepar (hati) dan jantung, dsb.

Hematologi
-Hematologi pula mengkaji darah dan sel-sel darah. Ini merangkumi pengesanan penyakit2 darah seperti leukemia dan talassemia.

Microbiologi dan Parasitologi
-Dalam Mikrobiologi dan Parasitologi, anda akan mempelajari mikroorganisma seperti bakteria, fungus, parasit dsb.

Sains Transfusi Darah
-Dalam Sains Transfusi Darah, anda akan mempelajari cara untuk mengetahui kumpulan darah pesakit dan penderma. -Anda juga akan mempelajari cara untuk melihat keserasian darah pesakit dan penderma

Histologi dan Sitologi
-Dalam Histologi dan Sitologi, anda akan menguji dan memeriksa sel dan tisu pesakit. -Ini bertujuan untuk mengesan sel-sel kanser. Anatomi dan Fisiologi -Merupakan kajian terhadap tubuh manusia, organ dan bagaimana ia berfungsi Genetik -Mempelajari bagaimana gen manusia berfungsi dan penyakit-penyakit kromosom.

Pelatih melihat slaid menggunakan mikroskop di dalam makmal

Jadual Waktu Kelas
Kelas bermula setiap hari Isnin sehingga Jumaat setiap minggu. Cuti pada hari sabtu dan ahad. Masa kelas bermula adalah dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Minum pagi pada pukul 10.00 pagi(mengikut budi bicara pensyarah) dan rehat tengahari pada pukul 1.00 petang sehingga jam 2.00 petang.


 Pelatih diwajibkan memakai uniform yang disediakan sepanjang menjalani latihan selama 3 tahun. Setiap semester akan diasingkan mengikut warna pada tudung(perempuan) atau tag nama(lelaki). Warna hijau untuk pelatih tahun 1, biru untuk pelatih tahun 2 dan merah untuk pelatih tahun 3.


Syarat Memohon Kursus ini
Pemohon hendaklah terdiri daripada :

Warganegara Malaysia - Lelaki/Perempuan Umur antara 17-25 tahun pada tarikh permohonan

Kontrak Pekerjaan Sekiranya Bekerja Di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Pelatih tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia diwajibkan berkhidmat dengan Kerajaan bagi tempoh 5 tahun.
Keistimewaan Pelatih 1) Elaun sara diri sebanyak RM621.21 sebulan selama 3 tahun --> sudah dinaikkan kpd RM 835
2) Kemudahan asrama - RM18 sebulan untuk sewa/bil air dan elektrik(dipotong daripada elaun sara diri)
3) Kemudahan bas pergi dan balik ke kolej/asrama.
4) Uniform dan kasut percuma (Setahun 2 pasang) 5) Elaun alat-tulis, nota, buku dan kertas kerja (RM250 setahun)
6) Yuran pendaftaran dan pengajian percuma (100% ditanggung kerajaan)
7) Jaminan pekerjaan sebagai JTMP sejurus selepas tamat latihan.


Pemandangan asrama pelatih perempuan KTMP, KL dari asrama pelatih lelaki



Kemudahan bas disediakan untuk kegunaan pelatih


Tempat pengajian
  • Kolej Teknologi Makmal Perubatan, Kuala Lumpur
  • Kolej Kesihatan Bersekutu (KSKB) Kuching, Sarawak

Gaji Juruteknologi Makmal Perubatan GRED U29 RM 1160.69(Minimum) RM 3057.39(maksimum) Elaun/Imbuhan Tetap Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM160 Imbuhan Tetap Perumahan RM180 Elaun Sara Hidup (COLA)*
*Mengikut wilayah bertugas RM100/RM200/RM300 tangga pekerjaan berdasarkan kajian pekerjaan terbaik di seluruh dunia, Juruteknologi Makmal Perubatan menduduki tangga ke 16 daripada 250 pekerjaan, dan tangga ke 3 dalam bidang sains kesihatan

*Jumlah gaji adalah berbeza mengikut pangkat JTMP(U29,U32,U36,U38 dan paling tinggi adalah U40)

Permohonan
Kepada individu yang berminat untuk mengikuti kursus ini boleh membuat permohonan di laman web SPA di http://spa.gov.my.


sumber: kolejteknologimakmalperubatan.blogspot.com


semua pelatih yang ada dalam gambar di atas telah tamat pengajian dan telah bertugas di makmal2 klinik kesihatan dan hospital kerajaan seluruh Malaysia...tahniah...she pn tak sempat nk meraikan kejayaan mereka sebab dah berpindah ke alor setar..

.


 Kolej Pembantu Perubatan Alor Setar

dan sekarang she bertugas di sini plak...=)

 

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...