~~Amalan Memasuki Rumah Baru~~
gambar hiasan
Azan
Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Dalam
sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya
sesebuah bangunan itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya
akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar)
yang suka tinggal di rumah atau bangunan yang tidak berpenghuni.
Baca Surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "janganlah
kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya
syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."
Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran
Dalam sebuah
hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita
memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan
yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (Hadis riwayat Al-Baihaqi)
Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah
sebanyak 1 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas Nabi sebanyak
7 kali, ayat Kursi 1 kali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7
kali.
No comments:
Post a Comment