Taman hiasan merupakan elemen yang penting dalam usaha menyerikan kediaman. Di samping itu, ianya juga berfungsi dalam memberi impak ketenangan dan kedamaian kepada penghuni. Pemilihan konsep dan lanskap yang bersesuaian juga penting untuk menjadikan taman sedap dipandang mata.... -editor-
sumber: encik google
Tip membina taman sendiri
· Sebelum
membina sebuah landskap berkonsep di
laman anda, pastikan ia selari dengan konsep keseluruhan kediaman. Ia
penting
supaya corak yang selari dapat membentuk perasaan dan pemandangan
harmoni. Ada pelbagai pilihan landskap sesuai dengan iklim dan
persekitaran
negara kita misalnya Bali, oriental, Jepun
atau Melayu.
· Ketika membuat keputusan membina landskap
menggunakan pokok atau bunga-bungaan, susun mengikut ketinggian. Pokok paling
tinggi perlu ditanam di belakang, sederhana tinggi di tengah dan renek pada
bahagian luar atau hadapan. Kebaikannya adalah bagi membolehkan tanaman itu
jelas dilihat.
· Elemen binaan adalah pelengkap dalam landskap
dan ia dipanggil landskap kejur. Contohnya adalah seperti pagar, pergola,
kanopi, patio atau gazebo. Pemilihan landskap kejur menjadi trend ketika ini
kerana fungsinya adalah menambahkan keunikan taman selain menjadi tempat untuk
beristirehat seisi keluarga.
No comments:
Post a Comment