Friday, 9 August 2013

penjagaan selepas keguguran


SEDIKIT INFO BERKENAAN KEGUGURAN
(hasil daripada pembacaan dan kajian terhadap penulisan pakar perubatan yang she lakukan)

Keguguran kandungan pada awal kehamilan merupakan keadaan yang biasanya terjadi pada trimester pertama (12 minggu pertama). Terdapat juga keadaan keguguran pada trimester kedua dan ketiga tetapi peratusan lebih rendah berbanding trimester pertama.

Tanda-tanda yang menunjukkan berlakunya keguguran adalah pengeluaran darah yang banyak daripada faraj. Kadangkala ada di antara ibu hamil yang mengalami spotting lendir coklat pada awalnya dan berakhir dengan tragedi keguguran kandungan. Oleh itu, keadaan pengaliran darah daripada faraj merupakan perkara yang tidak boleh diambil mudah bagi ibu- ibu hamil. Sekiranya berlaku pendarahan ibu dinasihatkan terus mendapatkan pemeriksaan daripada doktor secepat mungkin.

Antara faktor-faktor yang dikenalpasti menyumbang kepada keguguran awal kehamilan adalah ketidaknormalan pada genetik janin. Ada kemungkinan semasa persenyawaan berlaku jumlah kromosom yang disenyawakan tidak normal menyebabkan penghasilan zigot dan embrio yang tidak sempurna dan tidak dapat berkembang.

Selain itu, masalah uterus ibu yang lemah juga boleh menyumbang kepada masalah keguguran dan pendarahan. ketumbuhan benign seperti fibriod dan kecacatan pada uterus itu sendiri juga antara penyebab keguguran.

Ibu-ibu yang menghidapi penyakit seperti diabetes, penyakit kardiovaskular, masalah renal dan juga infeksi pada uterus juga boleh mengalami keguguran. Olehitu, ibu- ibu yang menghidapi penyakit tersebut perlu sentiasa mengawasi keadaan kesihatan mereka sepanjang kehamilan mereka disebabkan mereka berpotensi besar mengalami keguguran sekiranya penjagaan kesihatan tidak dititikberatkan.

Ketidakseimbangan hormon progesterone badan juga boleh menjurus kepada masalah pendarahan dan keguguran. Hormon progesterone berfungsi dalam merangsang dan mengekalkan ketebalan dinding endometrium dalam uterus di mana bekalan darah yang banyak diperlukan untuk memastikan implantasi yang sempurna berlaku.

Masalah pada sistem pembekuan darah atau dikenali sebagai trombofilia juga mengakibatkan pembekuan darah berlaku melebihi keperluan darah. Ibu yang mengalami masalah ini perlu diberikan ubat pencair darah.

Faktor fizikal dan persekitaran juga dipercayai boleh menyebabkan pendarahan dan keguguran. Faktor pekerjaan ibu hamil juga memainkan peranan ibu. Ibu yang bekerja berat dan kurang rehat serta tidur boleh menjejaskan kesihatan. Keadaan stres dan tekanan yang teruk juga menyebabkan masalah keguguran. Hentakan atau tumbukan pada bahagian abdomen serta ibu yang terjatuh yang menyebabkan hentakan kuat juga boleh menyebabkan keguguran.

PENJAGAAN SELEPAS KEGUGURAN

Penjagaan selepas keguguran adalah sama seperti penjagaan selepas melahirkan dan apa yang membezakan adalah tempoh masa sahaja. Tempoh berpantang bagi ibu yang keguguran adalah lebih singkat berbanding ibu yang melahirkan. Ada yang berpendapat tempoh berpantang sehingga ibu hamil semula dan melahirkan..

Amalan berpantang yang biasanya dilakukan perlu diamalkan untuk memastikan kesihatan  ibu dan proses penyembuhan dapat berlaku sebaiknya. Tempoh berpantang selepas keguguran ini juga membolehkan fasa pemulihan emosi ibu selepas kehilangan dan meningkatkan kembali kekuatan emosi dan fizikal.

Amalan berpantang yang boleh dipraktikkan adalah daripada aspek pemakanan, rehat yang mencukupi dan pengambilan ubatan dan supplemen. Ibu dinasihatkan juga berpantang makanan yang dikhuatiri boleh menyebabkan masalah 'angin gugur', 'batu meriyan' seperti sotong, udang, telur dan sebagainya. Elakkan pengambilan air sejuk, berais dan bergas. Pengambilan ikan dan ayam dibolehkan semasa proses berpantang.

Ibu juga digalakkan mengambil ubatan seperti herba dan rempah untuk memulihkan bahagian dalaman. Suplemen tambahan juga diperlukan untuk memulihkan sistem badan, meningkatkan penghasilan darah, mencergaskan badan. Amalan bertangas dan bersauna juga membantu melancarkan pengaliran dan peredaran darah di samping dapat membakar lemak yang berlebihan.

Rehat dan tidur yang mencukupi amat diperlukan untuk ibu yang berpantang. Ibu juga tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja berat ataupun direhatkan daripada melakukan kerja-kerja rumah. Selain itu, ibu juga perlu berehat daripada melakukan hubungan atau bersama dengan suami untuk jangkamasa 30 hari bagi keguguran 12 minggu pertama kehamilan.

Penjagaan kebersihan juga perlu diutamakan terutamanya sekiranya pengaliran darah masih ada untuk mengelakkan jangkitan. Ubatan antibiotik yang dibekalkan mestilah dihabiskan mengikut selang masa yang ditetapkan.

Ada juga yang mengamalkan pemakaian stokin dan menyapu minyak panas untuk mengelakkan sejuk serta mandi air suam. Ibu dinasihatkan segera ke hospital sekiranya demam, pengeluaran cecair dan darah yang banyak dan adakalanya berbau busuk yang menandakan jangkitan berlaku....

"She sekadar berkongsi info dan ilmu yang she baca dan perolehi daripada orang-orang tua, pengamalan dan pemahaman adalah hak masing-masing...kesihatan perlu diutamakan...mana tersalah silap atau kurang tepat, komen dialu-alukan..."


3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...