Tuesday, 12 March 2013

kabinet dapur (KC)

Salam...

Aku dan en asben sedang berangan-angan nak pasang kabinet dapur kat rumah kami nanti..so terpaksalah aku cuba mencari design yang boleh puaskan hati en asben dan poketnya skali..ekeke..

Ni antara yang aku dah survey selama beberapa bulan nih....

sumber: encik google

Tip Memilih Kabinet Dapur (KC) 
    
BAJET
merupakan elemen utama yang perlu dititikberatkan sebelum mengambil keputusan membentuk dapur idaman kerana KC antara perkara penting yang perlu wujud dalam ruang dapur     

KONSEP
tentukan dulu konsep keseluruhan hiasan dalaman ruang dapur bagi memudahkan anda memilih KC bersesuaian.biasanya konsep moden menjadi pilihan kerana ianya ringkas, kemas dan tak perlu bajet yang besar sangat    

MATERIAL
untuk badan KC pilih yang diperbuat daripada bahan yang kukuh kerana berfungsi untuk menampung beban berat.yang disyorkan daripada kayu nyatoh dan plywood nyatoh.untuk pintu adalah kayu, chipboard, kaca, aluminium, keluli tahan karat.selain untuk cantik pastikan juga kualiti.     

WARNA
pilih warna yang terang supaya nampak luas     

REKABENTUK
pilih rekabentuk yang fleksibel.bentuk L sesuai untuk konsep terbuka dengan ruang makan. bentuk U pula menggabungkan tempat menyimpan barang, dapur dan sinki dalam kabinet siap pasang.bentuk pulau menampilkan meja berasingan  dan sesuai untuk ruang luas dan bentuk lurus sesuai untuk ruang sempit

 sumber:metro harian









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...