Monday 30 March 2015

...a new me...

Assalamualaikum..
lame sungguh tak singgah..

Beberapa bulan kebelakangan ni she sememangnya sibuk menguruskan family almaklumlah dah bertambah seorang lagi ahli keluarga...



Muhammad akid aiman bin mohd shahrizad

Dan she juga mendapat 'babies' yang ramai ...iaitu seramai 138 orang..



'Babies' kumpulan 35 jan 2015...intake yang besar bagi kolej..

Tu la sebabnya urusan dan tugas she semakin hari semakin mencabar...

TIPS PENGURUSAN DIRI BAGI IBU BEKERJAYA

1. Pastikan urusan kerja di ofis disiapkan di ofis sahaja..spend masa berkualiti dengan anak2 dan kelurga...
2. Tugas di rumah buat ikut rutin harian...elak lambakan kerja...
3. Mesti ada back up plan..contoh tetiba kene outstation..siapa nk jg n urus anak2???...
4. Plan hari minggu anda..
5. Elak buang masa menonton tv sepanjang masa...memang xda masa pun..haha
5. Ambil sedikit masa untuk diri sendiri..untuk kurangkan stress..bagi she..she akan ambil cuti n relax kan diri..anak2 she hantar ke sekolah...

Bubai...

Friday 21 November 2014

pelvic floor disorder

Assalamualaikum
Apa khabar semua?? Kali ni she nak kongsikan sesuatu ilmu yang she dapat semasa menghadiri kursus di kolej.

Kursus Penjagaan Pelvic Floor ataupun nama lainnye lantai pelvik. Di bahagian lantai pelvic merupakan kawasan yang mengandungi otot-otot yang mengawal bukaan vagina dan anus. Ini khususnya bagi wanita.

Otot lantai pelvik berfungsi dalam menyokong organ-organ seperti sistem urinari, gastrousus dan sistem reproduktif khususnya dalam aktiviti seksual.


~credit to mr google

Seiring dengan peningkatan usia, otot pelvic semakin lemah lebih-lebih lagi bagi wanita yang telah melahirkan. Seterusnya, masalah kelemahan otot pelvik membawa kesan kepada masalah sembelit.

Penjagaan lantai pelvik adalah melalui senaman Kegel atau bleh baca sini .

Masalah sembelit pula dialami kebanyakan daripada kita. Dalam komuniti masakini masalah ini jarang-jarang sekali diutarakan atau dibincangkan disebabkan masyarakat kita agak malu berbicara mengenainya.

Sesetengah daripada orang yang menderita sembelit telah melaluinya bertahun- tahun tanpa sesiapa pun mengetahuinya. Sembelit berpunca daripada aspek pemakanan, pengambilan cecair dan dehidrasi serta masalah laluan usus atau bahagian rektum yang menurun akibat kelemahan otot pelvik.


Selain berkursus, she dan warga kolej juga diperkenalkan dengan alat bantuan yang memudahkan pembuangan air besar dan seterusnya menghilangkan masalah sembelit. Alat tersebut dikenali sebagai COLOREC.





~credit to www.mechamedic.com

kebanyakan daripada kami telah membeli colorec ini dan memasang di rumah masing2. diharapkan perkongsian she kali ini dapat memberi sedikit maklumat berkenaan masalah pelvic floor dan sembelit.

Love,



Saturday 1 November 2014

i luv my job


Assalamualaikum wbt..
tajuk hari ini berkenaan kerjaya...dah macam kuliah la plak..
sebenarnya hari ni she nak ceritakan sket pasal kerjaya kami sebagai Pengajar yang selalu orang tak tahu kewujudannya dan orang selalu fikir kami ni sama macam guru-guru sekolah..pada asasnya masih sama iaitu sebagai pendidik tapi ade sedikit perbezaan...

~sodih print sendiri jek nama...

Skim pengajar diletakkan di bawah KKM bertujuan untuk memberi latihan kepada pelatih pra-perkhidmatan di institusi latihan KKM (ILKKM)..berbeza dengan guru di bawah KPM..
graduan yang bakal dilahirkan adalah dalam pelbagai bidang kesihatan seperti Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat, JTMP dan lain-lain...dan mendapat Diploma dalam bidang yang berkaitan..pelatih-pelatih kami akan menamatkan pengajian selama 3 tahun dikolej2 seluruh malaysia..kebanyakan graduan akan berkhidmat di hospital dan klinik kerajaan seluruh malaysia...


~sesi amali di makmal ketrampilan bersama En Ahmad..

Populasi pengajar seluruh malaysia tidaklah seramai guru-guru..kami hanya ada dalam seribu lebih sahaja..itu sebabnya kami tidaklah dikenali ramai..

Seperti tugas guru2 kami juga perlu mengajar atau ringkasnya sesi P&P (pengajaran dan pembelajaran), menjalankan sesi tutorial dan amali di makmal. selain itu, pengajar juga perlu membuat clinical visit bagi pelatih-pelatih yang berada di lapangan (posting).

~pelatih kump27 di hari khamis berbaju batik

Para pengajar juga perlu menjalankan sesi peperiksaan pertengahan dan peperiksaan akhir bagi para pelatih serta peperiksaan amali bagi menilai kemahiran dan skil mereka. seterusnya menyemak dan menyediakan laporan peperiksaan mereka.

 ~sesi pemeriksaan skrip jawapan..berkampung 2 minggu siang dan malam....

Selain itu, mereka juga mempunyai 2 kredit untuk aktiviti ko-kurikulum yang perlu dilaksanakan di bawah seliaan pengajar..

~aktiviti ko-kurikulum melibatkan sem1-sem6


banyak sebenarnya lagi tugas pengajar kalau nak disenaraikan..belum masuk lagi hal-ehwal pelatih dan penerapan nilai-nilai murni..ape pun tugas mendidik ni bukan terletak di tangan tenaga pendidik sahaja..mereka berada bersama kami cumalah 3 tahun untuk dibentuk menjadi pelatih yang kompeten, diri sendiri dan keluarga perlu memberi sokongan sepenuhnya supaya pelatih2 ni dapat dibentuk dengan baik dan berakhlak mulia...

~me n fina di hari konvokesyen pelatih..

ape-ape2 pun she tetap bersyukur masuk ke bidang ini dan berkhidmat mendidik mereka..enjoy dengan aktiviti pengajaran di kelas dan sesi amali makmal...

love,

..come back..

Assalamualaikum
hmmm...dh lebih setahun agaknye dh menulis ape2 di blog sendiri nih. 
agak sedih gak sebab blog she ni dah bersawang..huhu

Ape pun minggu ni ada lah minggu peperiksaan bagi Dip Pembantu Perubatan. dari 2 nov hingga 12 nov. selamat berjuang para pelatih sekalian...semoga kejayaan milik anda semua..

~pic konvokesyen di KSKB Sultan Azlan Shah buat kali pertama...
amik mood sket..

walaupun minggu exam ni dah bermula masih ade lagi student yang masih dok bermain2 lagi..ntah..she pun tak larat nak membebel kat diorang dah..pagi2 lagi dah buat aku ber'bulu'..ngan lewat masuk kuarantin untuk exam...

pastu plak..ade plak yg nak buat sesi kaunseling luahan perasaan pepagi ni..she layankan jek
kesian jugak budak2 ni mak bapak dah la jauh kat mane lagi nak mengadu..tepaksa la mengeluarkan skil mendengar n me'release'kan stres org..

Ape pun cakap banyak dah tak guna..nak suruh study bagai nak gila pun dah tak sempat..esok dah start paper teori...



TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN DI SAAT AKHIR

1. Datang awal sebelum peperiksaan bermula..ni utk mengelakkan kelam kabut..
2. Hanya baca nota-nota ringkas dan padat..make sure benda ni dah disiapkan awal2 lah...
3. Ambil masa bersendirian sebelum masuk ke dewan peperiksaan..bkn ape lagi byk bercakap dengan orang lagi banyak lupa n stress banyak benda yang kita tak tahu..
4. Berdoa supaya semua dipermudahkan..

Akhir sekali, berserah kepada ALLAH S.W.T atas apa yang telah kita usahakan..semoga semua usaha kita akan dibalas baik..

bubai..

Thursday 29 August 2013

progres 1

assalamualaikum wbt...

kali ni she nak update sket pasal kerja-kerja  pembinaan kat rumah she..secara rasminya kerja-kerja bermula pada 26 Ogos 2013..kami tak lantik mana-mana kontraktor luar..kami guna khidmat sepupu asben..

dalam proses renovation rumah dalam kawasan perumahan a.k.a rumah taman ni kita perlu memohon lesen untuk mengubahsuai rumah melalui majlis bandaran kawasan masing-masing..macam kes kami melalui Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS)..memohon lesen untuk mengelakkan didenda oleh majlis disebabkan membuat ubahsuai tanpa kelulusan...

beberapa keperluan dokumen terutamanya pelan ubahsuai, S&P dan Borang F serta bayaran perlu disediakan untuk mendapatkan kelulusan MBAS dan perlu melantik arkitek bertauliah untuk melukis pelan rumah yang ingin diubahsuai..kos untuk pelan bergantung kepada arkitek..selain itu, sekiranya binaan dibuat tanpa kelulusan, pihak majlis akan mengeluarkan denda dan meminta empunya rumah untuk menguruskan permohonan lesen dalam kadar segera...dan sekiranya binaan rumah yang baru dibina melebihi had yang dibenarkan, denda akan dikeluarkan mengikut keluasan..melalui sumber yang kami perolehi, kita perlu menyimpan keluasan 6 kaki di belakang dan tepi rumah bagi rumah jenis semi-D..

macam she dan asben..kami sebenarnya memang nak apply untuk lesen dulu..tetapi disebabkan terpengaruh dengan cakap2 yang kate "takpe buat dulu..nanti die saman kite mohon la..." so kami mulakan dulu..dan hari ni disebabkan rasa cam takut dan bersalah, n nak elakkan denda yang tinggi kami  berurusan dengan arkitek yang boleh melukis pelan untuk kami dan menguruskan hal permohonan lesen renovation ...rasa lega sket bila satu step dah setel..die juga nasihatkan kami supaya stop dulu pembinaan sehingga dapat lesen dalam 2 minggu lagi...kalau dah kene denda prosedur permohonan akan lebih susah katenye..

bile permohonan kami nanti dah lulus, kami akan dapat sticker lesen so majlis takkan kacau la...

Saturday 17 August 2013

'ngelat' pantang

salam lebaran semua...

sedar tak sedar dah hari ke-11 kita beraya...semalam pun mak mertua she buat open house..almaklumlah tahun ni semua beraya di luar..tak beraya di alor setar..jadinye kene la buat open house supaya dapat beraya dengan saudara mara di kedah pulak...

penat jugak lah adik beradik ipar duai bangun pagi2 berkemas dan masak..mak mertua kalau buat open house mesti masak macam2..antara menu yang ada semalam..
1. nasi impit dan rendang, rendang hijau
2. pulut kuning dan kari daging..memang my peberet
3. laksam dan laksa
4. mee goreng
5. kuih-muih, biskut raya

mula-mula tetamu yang datang macam slow jek..makin ke petang macam tak menang tangan nak melayan dah..last2 kene turun ke dapur masak lagi..hehe..

ape yang she nak kongsi bukan lah pasal raya sangat..just update sket pasal berpantang..kalo raye dah masuk hari ke-11, she pun berpantang masuk hari ke-11..tapi harini she pun dah start kerja..dari pagi tadi sampai pukul 1 tadi berdiri dah 4jam setengah...kalo ikutkan nak jek sambung cuti lagi...

sejak 1 syawal haritu she memang dah berpantang ikut cara she la..
1. jaga pemakanan aka makanan pantang orang bersalin
2. minum air suam..n she minum juga kopi dan milo..
3. banyakkan berehat, jangan banyak sangat pergerakan
4. mandi air suam, pakai stokin
5. makan ubat rempah..she beli set bersalin jenama Afiat..
 6. elakkan badan bersejuk
7. barut tu kadang2 pakai..hehe

TAPI..she ni kadang-kadang bukannye istiqamah sangat..terbabas jugak..cam semalam la..sebab kalut sangat nak bersiap untuk open house she mandi air paip biase..nak kate sejuk sangat tu takde la..sebab biasanya she memamg mandi air suam..nak tau pe yang jadi..malam tadi kaki she jadi sakit dan lenguh..nak jalan pun cam tak larat..tu la akibatnye..

ade lagi..she teringin sangat makan lemang dari 1st raya haritu, she makan lemang 2potong..tu pun she makan mase semua orang dah tido, mase teman asben buat kerja...tapi rasenye takde pape kot sebab she boleh lagi taip entry nih..syukur..

sebelum tu pulak (hari sebelumya) she ade minum sket air sejuk, teringin sangat tengok budak2 nih minum she pun teguk la sket..pastu perut macam rase kembung semacam..senang pulak perut nih meragam..memang cari pasal..

sebelum tu lagi..she ada keluar rumah ngan asben sebab ade urusan sket kat kolej..kebetulan hari dah tengahari she pun gtau asben she nk makan nasi ayam jek..sebab she rase nasi ayam ngan sup panas cam ok jek sebab she dah masuk hari ke-7 pantang..she tak makan pun sos cili dan kicap die..so kitorang pun singgah la kat Nasi Ayam TAT..dekat ngan umah sewa she jek..petang tu balik lewat petang..pastu she satu malam sakit kepala..kuar rumah pun kire langgar pantang gak ker???? or dalam nasi ayam tu ada letak perasa..she sensitip sket dengan perasa nih..
susah jugak ye bile berpantang nih..kalo langgar pantang memang badan kite boleh rase sakit2nye..so jangan NGELAT masa pantang..tapi she ni manusia biasa tak tahan godaan..~ayat cover nih...

daripada pengalaman she, berpantang semasa selepas melahirkan dan keguguran memang penting..kalo kite tak jaga pemakanan dan kesihatan kita memang akan senang dapat sakit..she ni boleh dikatakan susah nak alah sebarang makanan..semua pun she makan..tapi bile dalam berpantang salah sket jek mulalah macam2...

minggu depan she nak mintak mak mertua carikan orang mengurut..badan she memang sakit2 dah..lenguh belakang ni makin menjadi2 pulak..then, she nk bersauna untuk lancarkan perjalanan darah semula...walaupun dah habis pantang 14 hari nanti, sebahagian daripada amalan berpantang kene diteruskan..bukan pantang terus yek..

bubai..selamat berpantang...
bagus untuk berdiet di bulan raye ni..



Friday 9 August 2013

penjagaan selepas keguguran


SEDIKIT INFO BERKENAAN KEGUGURAN
(hasil daripada pembacaan dan kajian terhadap penulisan pakar perubatan yang she lakukan)

Keguguran kandungan pada awal kehamilan merupakan keadaan yang biasanya terjadi pada trimester pertama (12 minggu pertama). Terdapat juga keadaan keguguran pada trimester kedua dan ketiga tetapi peratusan lebih rendah berbanding trimester pertama.

Tanda-tanda yang menunjukkan berlakunya keguguran adalah pengeluaran darah yang banyak daripada faraj. Kadangkala ada di antara ibu hamil yang mengalami spotting lendir coklat pada awalnya dan berakhir dengan tragedi keguguran kandungan. Oleh itu, keadaan pengaliran darah daripada faraj merupakan perkara yang tidak boleh diambil mudah bagi ibu- ibu hamil. Sekiranya berlaku pendarahan ibu dinasihatkan terus mendapatkan pemeriksaan daripada doktor secepat mungkin.

Antara faktor-faktor yang dikenalpasti menyumbang kepada keguguran awal kehamilan adalah ketidaknormalan pada genetik janin. Ada kemungkinan semasa persenyawaan berlaku jumlah kromosom yang disenyawakan tidak normal menyebabkan penghasilan zigot dan embrio yang tidak sempurna dan tidak dapat berkembang.

Selain itu, masalah uterus ibu yang lemah juga boleh menyumbang kepada masalah keguguran dan pendarahan. ketumbuhan benign seperti fibriod dan kecacatan pada uterus itu sendiri juga antara penyebab keguguran.

Ibu-ibu yang menghidapi penyakit seperti diabetes, penyakit kardiovaskular, masalah renal dan juga infeksi pada uterus juga boleh mengalami keguguran. Olehitu, ibu- ibu yang menghidapi penyakit tersebut perlu sentiasa mengawasi keadaan kesihatan mereka sepanjang kehamilan mereka disebabkan mereka berpotensi besar mengalami keguguran sekiranya penjagaan kesihatan tidak dititikberatkan.

Ketidakseimbangan hormon progesterone badan juga boleh menjurus kepada masalah pendarahan dan keguguran. Hormon progesterone berfungsi dalam merangsang dan mengekalkan ketebalan dinding endometrium dalam uterus di mana bekalan darah yang banyak diperlukan untuk memastikan implantasi yang sempurna berlaku.

Masalah pada sistem pembekuan darah atau dikenali sebagai trombofilia juga mengakibatkan pembekuan darah berlaku melebihi keperluan darah. Ibu yang mengalami masalah ini perlu diberikan ubat pencair darah.

Faktor fizikal dan persekitaran juga dipercayai boleh menyebabkan pendarahan dan keguguran. Faktor pekerjaan ibu hamil juga memainkan peranan ibu. Ibu yang bekerja berat dan kurang rehat serta tidur boleh menjejaskan kesihatan. Keadaan stres dan tekanan yang teruk juga menyebabkan masalah keguguran. Hentakan atau tumbukan pada bahagian abdomen serta ibu yang terjatuh yang menyebabkan hentakan kuat juga boleh menyebabkan keguguran.

PENJAGAAN SELEPAS KEGUGURAN

Penjagaan selepas keguguran adalah sama seperti penjagaan selepas melahirkan dan apa yang membezakan adalah tempoh masa sahaja. Tempoh berpantang bagi ibu yang keguguran adalah lebih singkat berbanding ibu yang melahirkan. Ada yang berpendapat tempoh berpantang sehingga ibu hamil semula dan melahirkan..

Amalan berpantang yang biasanya dilakukan perlu diamalkan untuk memastikan kesihatan  ibu dan proses penyembuhan dapat berlaku sebaiknya. Tempoh berpantang selepas keguguran ini juga membolehkan fasa pemulihan emosi ibu selepas kehilangan dan meningkatkan kembali kekuatan emosi dan fizikal.

Amalan berpantang yang boleh dipraktikkan adalah daripada aspek pemakanan, rehat yang mencukupi dan pengambilan ubatan dan supplemen. Ibu dinasihatkan juga berpantang makanan yang dikhuatiri boleh menyebabkan masalah 'angin gugur', 'batu meriyan' seperti sotong, udang, telur dan sebagainya. Elakkan pengambilan air sejuk, berais dan bergas. Pengambilan ikan dan ayam dibolehkan semasa proses berpantang.

Ibu juga digalakkan mengambil ubatan seperti herba dan rempah untuk memulihkan bahagian dalaman. Suplemen tambahan juga diperlukan untuk memulihkan sistem badan, meningkatkan penghasilan darah, mencergaskan badan. Amalan bertangas dan bersauna juga membantu melancarkan pengaliran dan peredaran darah di samping dapat membakar lemak yang berlebihan.

Rehat dan tidur yang mencukupi amat diperlukan untuk ibu yang berpantang. Ibu juga tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja berat ataupun direhatkan daripada melakukan kerja-kerja rumah. Selain itu, ibu juga perlu berehat daripada melakukan hubungan atau bersama dengan suami untuk jangkamasa 30 hari bagi keguguran 12 minggu pertama kehamilan.

Penjagaan kebersihan juga perlu diutamakan terutamanya sekiranya pengaliran darah masih ada untuk mengelakkan jangkitan. Ubatan antibiotik yang dibekalkan mestilah dihabiskan mengikut selang masa yang ditetapkan.

Ada juga yang mengamalkan pemakaian stokin dan menyapu minyak panas untuk mengelakkan sejuk serta mandi air suam. Ibu dinasihatkan segera ke hospital sekiranya demam, pengeluaran cecair dan darah yang banyak dan adakalanya berbau busuk yang menandakan jangkitan berlaku....

"She sekadar berkongsi info dan ilmu yang she baca dan perolehi daripada orang-orang tua, pengamalan dan pemahaman adalah hak masing-masing...kesihatan perlu diutamakan...mana tersalah silap atau kurang tepat, komen dialu-alukan..."


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...