Thursday 14 March 2013

grill rumah

~Tips memilih Grill rumah~

Jenis Material 
Pelbagai jenis material terdapat di pasaran seperti Wrought Iron, Mild Steel, Stainless Steel, Aluminium dan lain-lain. Setiap material mempunyai ciri-ciri yang berbeza sama ada daripada aspek kekuatan dan keteguhan, kualiti material dan juga kos. Wrought iron ataupun besi tempa merupakan material yang menjadi pilihan pada masa kini disebabkan ciri-cirinya yang keras, boleh dilentur dan ditempa untuk memberikan rekabentuk yang menarik. Selain itu, material Stainless Steel juga mempunyai kelebihan di mana ianya mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap pengaratan tetapi mempunyai harga yang lebih tinggi berbanding yang lain.

Wrought Iron Gate (sumber: http://eessteel.blogspot.com)

 Stainless Steel Gate (sumber: http://www.gateciti.com)

Jenis Cat 
Antara jenis cat/ saduran yang digunakan adalah seperti Powder Coating Paint dan  Spray/Liquid Paint. Cat yang baik adalah cat yang dapat kekal dalam tempoh masa yang lebih lama. Olehitu, pemilihan jenis cat yang tepat dapat mengurangkan kos mengecat semula.

Powder coating paint (sumber: http://www.custompowdercoatnv.com) 

Jenis Design
Pemilihan rekabentuk sesuatu grill bergantung kepada keperluan grill itu sendiri. Kebiasaannya, faktor keselamatan menjadi keutamaan pemilik kediaman. Olehitu, design yang lebih teguh/ kuat perlu dipilih. Selain itu, pemilik juga menekankan ciri-ciri design/rekabentuk yang menarik dan terkini yang berpadanan dengan konsep kediaman masing-masing.

-editor-


1 comment:

  1. 888 Casino and Resort Tickets - JTG Hub
    View the 888 Casino 인천광역 출장샵 and 양주 출장안마 Resort schedule, venue information, directions, 888 Casino & 대구광역 출장안마 Resort Hotel is located in the heart of the South of 과천 출장샵 the Mississippi 안성 출장안마 River.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...