Sunday 24 March 2013

farewell party

assalamualaikum wbt

pada khamis yang lepas 21 mac 2013, kami warga kolej mengadakan majlis minum petang a.k.a. hi-tea bersempena meraikan pertukaran en m.s. ganesan yang merupakan timbalan pengarah akademik kami ke tempat baru..~a.setar ke j.b. sebenarnya beliau telah bertukar sejak jan 2013 yang lalu tetapi majlisnya kami tunda sehingga ke hari ini...majlis ini juga turut meraikan en. hasrizal, CI kami yang bertukar ke sg. petani...

beliau merupakan antara pelopor utama di kolej ini semenjak pembukaan pada tahun 1993...waktu tu she pun masih di sek rendah lagi...menurut beliau lagi beliau telah berada di alor setar ini sejak 22 tahun yang lalu..dan kini tibalah masanya beliau kembali ke tempat kelahirannya sebelum beliau bersara tidak lama lagi...

beliau merupakan seorang yang amat disenangi oleh warga kolej..dan menjadi pegawai yang disayangi..pertukaran beliau amat dirasai oleh kami semua...
bagi she dan kawan2 she..sebagai tanda penghargaan dan kenangan kami pun bercadang untuk mencari hadiah untuk beliau...walaupun pihak kolej juga turut membuat sumbangan untuk mereka yang diraikan..tapi bagi kami, kami tetap akan memberikan sesuatu sebagai tanda ingatan...
 ini hasilnya yang dapat kami cari...hadiah dan jambangan bunga ros..

majlis ini kami raikan di hotel new regent alor setar..sebagai majlis hi-tea. majlis bermula kira-kira jam 4.30 petang disebabkan kami habis kerja jam 3.30 petang dan majlis dibuat diluar kwsn kolej..
sedikit info hotel ini...

New Regent Hotel
1536, Jalan Sultan Badlishah
05000 Alor Setar
Kedah

04-731 5000/ 5001
www.newregent.my

antara menu kami
potato salad
fruit salad
creamy chicken soup
fried mee mamak
fried chicken
spring roll
french fries
assorted cake
assorted jelly

ice water, coffee, tea


VIP yang diraikan...


 wakil-wakil yang memberi ucapan...

 antara yang hadir...tqvm..

 
me n d'geng...


terima kasih kepada semua yang hadir pada majlis ini...kami sebagai urusetia yang 'tidak' dilantik menguruskan majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang diberikan...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...