Saturday 30 March 2013

tayar oh tayar

assalamualaikum wbt...

selamat berpagi minggu semua..tapi she keje harini..=(

alkisahnya she n family ke penang 2 hari lepas untuk hantar en asben ke kuliah master di USM..dan lepas tu kitorang nak pergi picnic kat teluk bahang, batu feringgi dengan family kaklong..tapi ape kaitan ngan tayar lak???

ni yang nak citer nih..kitorang bertolak jam12 dari alor setar ke penang..saje turun awal sebab en asben nak solat jumaat n study sket before test die hari tu..so haritu she bersiap awal2 pagi buat sarapan n bekalan..
lepas tu kitorang pun mula gerak la..she yang drive sebab en asben nak study katenye dalam kete..tepakse la naik kete she mycute little baby viva...kete she auto transmission..kete die manual..huh..

straight to the point..perjalanan kami terganggu disebabkan masalah tayar...bukan sebab pancit or tayar kurang angin tapi sebab...TAYAR BENGKAK...tayar pun boleh bengkak ke???..igt org je bleh bengkak...

kami pun tak realize benda ni jadi..ape yang kami rase kereta bergegar...masa mula2 perjalanan ok jek tapi selepas setengah jam kete jadi bergegar..en asben kate mybe tayar kurang angin tp she baru jek pam tayar..dalam hati maybe tayar pecah kot sebab sebelum ni pernah experience dah...kitorang pun stop tepi jalan n check..semua pun nampak ok jek...

keadaan yang same jadi lagi then kitorang pun exit dari highway kat SP selatan..mula2 isi angin kat stesen minyak pastu cam tak jadi pe je..trus g kedai tayar..kat situ la baru kitorang tau tayar yang rosak/ bengkak..apek kat workshop tu kate bahaya la boleh meletup lagi2 plak dengan cuaca yang amat panas ni...

selepas tukar tayar, kitorang pun teruskan perjalanan guna tayar spare..nasib baik tayar tu ok..so harini kitorang dapat pengajaran..jaga tayar bukan sekadar check angin, check bunga tayar tapi check defect lain jugak...kalau tak ini la jadinya...

so hari tu, kami lewat sampai dari yang dijangkakan...kantoi..

lebih kurang cenggini la rupe tayar bengkak kete she..tak berapa jelas sangat..

ini sangat jelas hokey!!!!

sumber: en google



sedikit info tentang tayar especially untuk ladies drivers..

she dapatkan info dari http://firestartingautomobil.blogspot.com ..antara yang penting

Faktor pemilihan tayar
Penting sekali memilih tayar yang bersesuaian dengan keupayaan kereta..
Tayar seperti michelin, yokohama, falken lebih lembut kerana, tayar tersebut dibuat berdasarkan iklim sederhana yang kurang panas dan apabila digunakan di Malaysia yang cuaca panas terik, tayar tersebut akan mempunyai jangkahayat yang pendek (cepat habis bunganya). Untuk penggunaan biasa boleh guna tayar Dunlop, Silverstone dan Good Year sudah kira ok.Kalau boleh cuba elakkan Sime Tyre.. jika mahukan yang lebih baik boleh cuba Continental( sekarang satu kilang dengan Silverstone),Bridgestone,Toyo ataupun Michelin.. tapi harga dia mahal sikit..

Faktor bising senyap tahan atau haus bergantung kepada cara pemanduan dan jenis kereta Kebisingan tayar adalah bergantung kepada bunga tayar. Lebih senyap sesuatu tayar, maka lebih rapat bunga tayarnya dan tidak sesuai untuk permukaan jalan yang basah. Lebih bising tayar, lebih mencengkam dan sesuai pada permukaan yang basah. Jadi kalau kita hendakkan tayar yang senyap, kita terpaksa lebih berhati-hati semasa hujan

1) Tayar jenis Silverstone Powerblitz, Goodyear Eagle GA, dan Sime tyre Astar merupakan jenama tayar yang biasa digunakan oleh kenderaan kecil. Ia agak berpatutan dan bunganya kelihatan bersegi empat. Sesuai untuk pemandu biasa yang tidak memandu laju atau terlalu ekstrim. Jenis tayar ni keras juga membuatkan tayar ini boleh tahan agak lama.

2) Tayar agak mahal harganya tapi tak boleh pandu laju ketika hujan adalah tayar jenis semi slick seperti Yokohama Advan Neova, Bridgestone Potenza G3, Falken Azenis, Pirelli P7, Michelin Pilot Sport, dan Toyo T1R.

3) Jika tak kisah pasal keselesaan dan perlukan tayar yang mampu meneruskan perjalanan dengan lancar ketika hujan, tayar seperti Silverstone FTZ Evol 8, Goodyear Eagle F1, Kumho Escta 712 dan Yokohama Prada

tips penjagaan yang lain

1) Jangan gunakan tayar yang telah tamat tempoh.
2) Jangan pakai tayar terpakai toreh semula.
3) Jangan gunakan tayar berlainan model pada setiap sisi.4) Pastikan ukuran tayar tidak melebihi had pengeluar.5) Jangan guna rim yang bengkok untuk tayar kereta anda
6) Jangan mengunakan tayar yang bunganya sudah botak/ haus.
7) Jangan guna tayar benjol / bengkak
Tayar benjol / bengkak mengalami kerosakan serius yang boleh mengundang bahaya... nasihatkan tukar dgn kadar segera kerana dikhuatiri tayar tu boleh pecah. Punca tayar bengkak ni ialah Logam yang didalam tayar anda tersebut telah bengkok.. anda selalu sangat melanggar lubang yang berada diatas jalan raya.So berhati-hati sikit bila jalan kat tempat berlubang..

PENTING!!!

Tekanan Angin Tayar

Buat alignment Tayar

Buat balancing tayar

olehitu, untuk yang tak pernah nak check tayar tu..sila ambil perhatian..sayangi diri dan keluarga anda..
~pesanan penaja gituh...



1 comment:

  1. Nak cari tayar? Cuba website https://mytayar.com
    Ada >50 kedai di Klang Valley yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.
    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.
    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...