Sunday 31 March 2013

perfume

salam...

cerita pasal perfume/minyak wangi pulak...sebenarnya dulu2 masa zaman blaja takde la pakai minyak wangi sangat...juz letak baby cologne jek...kdg2 she juga pakai brand tracia n brand avon..ye la ekonomi pun tak brape mengizinkan lagi nak berbelanja lebih..

tapi bile she dah keje n ade pendapatan sendiri she pun berjinak-jinak dengan women stuff..mula2 pun xreti gak tapi bile bf a.k.a en asben bagi gift tetibe lak jadi euphoric...ecece mentang2 dapat euphoria...hahaha

then start dari situ she sentiasa beli perfume..maksudnya bile habis she akan try perfume lain plak...bagi she pekerjaan she yang sentiasa berdampingan dengan student memerlukan she sentiasa yakin dan selesa...~takut ade bau badan duh...uhuks.. dan sebagai seorang perempuan pun kene sentiasa tampil bersih kemas dan wangi..ehehe...

bagi she n asben setiap kali nak beli perfume baru kitorang mesti tanye pendapat masing2 sebabnya menurut en asben yang nak cium bau perfume tu adalah pasangan..tak kesah la kalo org lain bau tak best asalkan pasangan suke...i like that concept...mmg betul kan??? dengan pasangan harus berwangi2 an...

kebiasaannya..untuk satu botol 100ml lebih murah berbanding 50ml..manyak untung la..pastu bleh tahan kadang sampai 10bulan lebih..ini ikut cara pemakaian masing2 la kan...she selalu guna lebih kurang 2-3 semburan sekali pakai...


 calvin klein ~euphoria
hadiah pertama dari en asben tahun 2008 masa birthday she..


lacoste ~love of pink
hasil pembelian sendiri kat sogo, kl..

christian dior ~miss dior
terkini hasil pembelian sogo, kl masa kursus analisis data

bagi en asben plak die mmg setia dengan dunhill fresh..tak pernah tukar yang lain sampailah pada 2012...dunhill stop pengeluaran dunhill fresh..sampai pening tak tau nak tukar yang mane..
en asben fav ~dunhill fresh..forever n always
discontinued fragrance

 then, promoter kat sogo tu introduce 51.3N yang bau die ala2 fresh gak..tapi en asben still kate tak same
but free stuff die still suke..ahaha...she bagi as a birthday gift..


substitute fragrance for en asben ~ dunhill 51.3 N
birthday present 2012

untuk buah hati mama..irfan pakai cologne cukup la..tu pun die ade hati nak spray pepium mama n papa...

irfan's cologne 

~tips mengekalkan keharuman perfume~

1- pastikan jenis wangian yang ingin digunakan e.g cologne, EDT, EDP yang mana kepekatan wangian adalah berbeza-beza
2-cara semburan pada kulit dan bukan pada pakaian..
3-pakai complete set untuk sesuatu set wangian ~losyen, mandian, perfume..so baunya akan lebih kekal lama dan segar
4-ade juga yang praktikkan menyebur perfume pada pakaian sebelum digosok...she belum cuba lagi nih...

selamat berwangi2an....=)



Saturday 30 March 2013

tayar oh tayar

assalamualaikum wbt...

selamat berpagi minggu semua..tapi she keje harini..=(

alkisahnya she n family ke penang 2 hari lepas untuk hantar en asben ke kuliah master di USM..dan lepas tu kitorang nak pergi picnic kat teluk bahang, batu feringgi dengan family kaklong..tapi ape kaitan ngan tayar lak???

ni yang nak citer nih..kitorang bertolak jam12 dari alor setar ke penang..saje turun awal sebab en asben nak solat jumaat n study sket before test die hari tu..so haritu she bersiap awal2 pagi buat sarapan n bekalan..
lepas tu kitorang pun mula gerak la..she yang drive sebab en asben nak study katenye dalam kete..tepakse la naik kete she mycute little baby viva...kete she auto transmission..kete die manual..huh..

straight to the point..perjalanan kami terganggu disebabkan masalah tayar...bukan sebab pancit or tayar kurang angin tapi sebab...TAYAR BENGKAK...tayar pun boleh bengkak ke???..igt org je bleh bengkak...

kami pun tak realize benda ni jadi..ape yang kami rase kereta bergegar...masa mula2 perjalanan ok jek tapi selepas setengah jam kete jadi bergegar..en asben kate mybe tayar kurang angin tp she baru jek pam tayar..dalam hati maybe tayar pecah kot sebab sebelum ni pernah experience dah...kitorang pun stop tepi jalan n check..semua pun nampak ok jek...

keadaan yang same jadi lagi then kitorang pun exit dari highway kat SP selatan..mula2 isi angin kat stesen minyak pastu cam tak jadi pe je..trus g kedai tayar..kat situ la baru kitorang tau tayar yang rosak/ bengkak..apek kat workshop tu kate bahaya la boleh meletup lagi2 plak dengan cuaca yang amat panas ni...

selepas tukar tayar, kitorang pun teruskan perjalanan guna tayar spare..nasib baik tayar tu ok..so harini kitorang dapat pengajaran..jaga tayar bukan sekadar check angin, check bunga tayar tapi check defect lain jugak...kalau tak ini la jadinya...

so hari tu, kami lewat sampai dari yang dijangkakan...kantoi..

lebih kurang cenggini la rupe tayar bengkak kete she..tak berapa jelas sangat..

ini sangat jelas hokey!!!!

sumber: en google



sedikit info tentang tayar especially untuk ladies drivers..

she dapatkan info dari http://firestartingautomobil.blogspot.com ..antara yang penting

Faktor pemilihan tayar
Penting sekali memilih tayar yang bersesuaian dengan keupayaan kereta..
Tayar seperti michelin, yokohama, falken lebih lembut kerana, tayar tersebut dibuat berdasarkan iklim sederhana yang kurang panas dan apabila digunakan di Malaysia yang cuaca panas terik, tayar tersebut akan mempunyai jangkahayat yang pendek (cepat habis bunganya). Untuk penggunaan biasa boleh guna tayar Dunlop, Silverstone dan Good Year sudah kira ok.Kalau boleh cuba elakkan Sime Tyre.. jika mahukan yang lebih baik boleh cuba Continental( sekarang satu kilang dengan Silverstone),Bridgestone,Toyo ataupun Michelin.. tapi harga dia mahal sikit..

Faktor bising senyap tahan atau haus bergantung kepada cara pemanduan dan jenis kereta Kebisingan tayar adalah bergantung kepada bunga tayar. Lebih senyap sesuatu tayar, maka lebih rapat bunga tayarnya dan tidak sesuai untuk permukaan jalan yang basah. Lebih bising tayar, lebih mencengkam dan sesuai pada permukaan yang basah. Jadi kalau kita hendakkan tayar yang senyap, kita terpaksa lebih berhati-hati semasa hujan

1) Tayar jenis Silverstone Powerblitz, Goodyear Eagle GA, dan Sime tyre Astar merupakan jenama tayar yang biasa digunakan oleh kenderaan kecil. Ia agak berpatutan dan bunganya kelihatan bersegi empat. Sesuai untuk pemandu biasa yang tidak memandu laju atau terlalu ekstrim. Jenis tayar ni keras juga membuatkan tayar ini boleh tahan agak lama.

2) Tayar agak mahal harganya tapi tak boleh pandu laju ketika hujan adalah tayar jenis semi slick seperti Yokohama Advan Neova, Bridgestone Potenza G3, Falken Azenis, Pirelli P7, Michelin Pilot Sport, dan Toyo T1R.

3) Jika tak kisah pasal keselesaan dan perlukan tayar yang mampu meneruskan perjalanan dengan lancar ketika hujan, tayar seperti Silverstone FTZ Evol 8, Goodyear Eagle F1, Kumho Escta 712 dan Yokohama Prada

tips penjagaan yang lain

1) Jangan gunakan tayar yang telah tamat tempoh.
2) Jangan pakai tayar terpakai toreh semula.
3) Jangan gunakan tayar berlainan model pada setiap sisi.4) Pastikan ukuran tayar tidak melebihi had pengeluar.5) Jangan guna rim yang bengkok untuk tayar kereta anda
6) Jangan mengunakan tayar yang bunganya sudah botak/ haus.
7) Jangan guna tayar benjol / bengkak
Tayar benjol / bengkak mengalami kerosakan serius yang boleh mengundang bahaya... nasihatkan tukar dgn kadar segera kerana dikhuatiri tayar tu boleh pecah. Punca tayar bengkak ni ialah Logam yang didalam tayar anda tersebut telah bengkok.. anda selalu sangat melanggar lubang yang berada diatas jalan raya.So berhati-hati sikit bila jalan kat tempat berlubang..

PENTING!!!

Tekanan Angin Tayar

Buat alignment Tayar

Buat balancing tayar

olehitu, untuk yang tak pernah nak check tayar tu..sila ambil perhatian..sayangi diri dan keluarga anda..
~pesanan penaja gituh...



rumput karpet tiruan

salam semua

 actually she dah lame nak post pasal rumput karpet tiruan nih..biasanya rumput tiruan ni kita dipasang di padang bola, kawasan permainan kanak2 ataupun sebagai hiasan di shopping complex..tapi sekarang lagi advance sebab dah digunakan di kediaman menggantikan rumput karpet yang sebenar..

sebelum ni she ada terbaca kat majalah berkenaan rumput ni n share that info dengan en asben..rupa2nya die pun berkenan dengan konsep rumah yang pasang rumput tiruan nih..kalo kite search kat google mmg tak berapa banyak info yang kite dapat..thats why she nk kongsi sedikit pasal rumput karpet tiruan ni..

kos pulak bagi she kalo benda ni masih baru mestilah harga masih tinggi tapi masih berpatutan la..ade gak yang she baca buat servis pemasangan kat rumah..yang tu she search kat www.mudah.my . kebanyakannya area lembah kelang..so untuk area lain maybe susah sket la...

fungsi:
1- lanskap 
2-lapangan permainan

antara kebaikan rumput karpet:
1- sebagai penyelesaian terbaik kepada kawasan yang tidak sesuai untuk penanaman rumput seperti kawasan yang gersang ataupun terdapat sedikit cahaya matahari
2-tahan lasak dan stabil untuk jangkasama lama sesuai untuk padang sukan
3-sesuai untuk kediaman yang mempunyai rutin penyelenggaraan yang tidak praktikal a.k.a tiada masa nak potong rumput bagai...tetapi nak kawasan yang menghijau...
4-sesuai juga untuk kawasan tepi kolam renang, balkoni, bangunan pencakar langit

antara yang tidak baik:
1-geseran antara rumput tiruan dan kulit boleh mendatangkan kecederaan
2-suhu rumput tiruan lebih tinggi berbanding rumput semulajadi..

kelemahan yang telah ditingkatkan:
1-keupayaan menyemarakkan kebakaran~ telah dipertingkat kualiti untuk mengelakkan kebakaran
2- kehadiran unsur/logam berat dalam komponen pembuatan rumput tiruan yang dikuatiri menjadi agen pembawa logam berat dalam sumber air ~ alternatif baru diharap dalam menyediakan penyelesaian yang lebih selamat....

sumber: impiana laman

 bagi she walaupun ade kelemahannya, tapi untuk menghijaukan laman orang2 yang sangat 'rajin' macam she n en asben ni..mungkin ini penyelesaiannya.,sangat praktikal dan ideal..ye lah laman sekangkang kera pun takde masa nak jenguk tapi teringin cantik macam laman orang lain...so apa lagi???

tunggulah tiba masanya...








p/s kualiti gamba tidak begitu baik =(

Wednesday 27 March 2013

blogwalking

salam khamis semua..

harini she tidak sesibuk hari2 biase..so harini she try satu blog ni jomblogwalking.blogspot.com untuk dapat senarai blog yang join or daftar url kat situ..she pun belum habis explore blog nih...setakat yang she tgk, kat blog nih ade senarai sahaja untuk kita blogwalking..dan sesiapa yang berminat nak letak banner blog nih kat blog sendiri pn boleh...

selain tue, she juga rajin jenguk2 blog dr halina, wife kpd astronaut negara dr sheikh muszaphar...mmg menarik cara dan gaya penulisan dr halina..kat sini she letakkan link barelysupermommy.com .. 

blog-blog lain yang she rajin follow adalah blog2 ibu2 n housewife yang rajin update resipe..mmg syok kongsi resipi dalam blog..byk gak yang she dah cuba...addicted kat blog nih mylovelyfamily-ana.blogspot.com.. sampaikan she mesti bkk hari2 n she juga bkk akaun kat blogger...

bagi she blogwalking ni ade byk kebaikan
1-mencari info2 terkini..sbb blog ni org suke share info n nice pic..
2-mencari kenalan alam maya bagi yang suke nak berkawan...
3-elak buat benda tak berpekdah
4-bagi yang suka tengok gayahidup orang lain..blogwalking mungkin caranya..

yang tak baik...
1-terlalu lame dok depan laptop berpino mate...cepat la rabun la jawabnye
2-kalo terlalu taksub mungkin mengganggu kerja lain..

ape2 pun she tetap enjoy hobi baru nie..ehehe..



Sunday 24 March 2013

farewell party

assalamualaikum wbt

pada khamis yang lepas 21 mac 2013, kami warga kolej mengadakan majlis minum petang a.k.a. hi-tea bersempena meraikan pertukaran en m.s. ganesan yang merupakan timbalan pengarah akademik kami ke tempat baru..~a.setar ke j.b. sebenarnya beliau telah bertukar sejak jan 2013 yang lalu tetapi majlisnya kami tunda sehingga ke hari ini...majlis ini juga turut meraikan en. hasrizal, CI kami yang bertukar ke sg. petani...

beliau merupakan antara pelopor utama di kolej ini semenjak pembukaan pada tahun 1993...waktu tu she pun masih di sek rendah lagi...menurut beliau lagi beliau telah berada di alor setar ini sejak 22 tahun yang lalu..dan kini tibalah masanya beliau kembali ke tempat kelahirannya sebelum beliau bersara tidak lama lagi...

beliau merupakan seorang yang amat disenangi oleh warga kolej..dan menjadi pegawai yang disayangi..pertukaran beliau amat dirasai oleh kami semua...
bagi she dan kawan2 she..sebagai tanda penghargaan dan kenangan kami pun bercadang untuk mencari hadiah untuk beliau...walaupun pihak kolej juga turut membuat sumbangan untuk mereka yang diraikan..tapi bagi kami, kami tetap akan memberikan sesuatu sebagai tanda ingatan...
 ini hasilnya yang dapat kami cari...hadiah dan jambangan bunga ros..

majlis ini kami raikan di hotel new regent alor setar..sebagai majlis hi-tea. majlis bermula kira-kira jam 4.30 petang disebabkan kami habis kerja jam 3.30 petang dan majlis dibuat diluar kwsn kolej..
sedikit info hotel ini...

New Regent Hotel
1536, Jalan Sultan Badlishah
05000 Alor Setar
Kedah

04-731 5000/ 5001
www.newregent.my

antara menu kami
potato salad
fruit salad
creamy chicken soup
fried mee mamak
fried chicken
spring roll
french fries
assorted cake
assorted jelly

ice water, coffee, tea


VIP yang diraikan...


 wakil-wakil yang memberi ucapan...

 antara yang hadir...tqvm..

 
me n d'geng...


terima kasih kepada semua yang hadir pada majlis ini...kami sebagai urusetia yang 'tidak' dilantik menguruskan majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang diberikan...



sukaneka taska ummi

assalamualaikum wbt..

harini 22 mac 2013, taska ummi menjemput semua ibubapa dan waris menjayakan sukaneka yang dijalankan sebagai acara tahunan..irfan excited nak pakai baju sukan dan nak main kat padang..selama beberapa minggu kebelakangan ni team cikgu2 taska sibuk buat latihan untuk anak2 kecil ni..mane tidak nye anak2 ni kecik2 lagi dah kene main game kat padang..nak paham arahan cikgu lagi...belum kire yang nangis, yang muntah dan macam2 lagi yang jadi...

bagi kami ini adalah tahun kedua kami attent event ni..tahun lepas irfan 2 tahun masuk satu acara jek..tahun ni irfan dah 3 tahun masuk dua acara...

 irfan dan barisan anak2 2-3 tahun dibawa masuk ke padang..irfan selaku pemegang sepanduk..
~~jalan cepat sgt kawan2 tertinggal kat belakang...

anak-anak kecil yang setia dalam barisan....
~curi2 ambil gambar...biasala kecik lagi tak boleh nmpak mak bapaknye mesti nangis...

 acara bagi anak2 2 tahun..mencari kasut sendiri...
~~comel...
 irfan menang kedua-dua acara...dapat la goodie bag nih..
~~bagus sayang tahun lepas dapat saguhati jek...

ni dah sampai kat rumah..

kire2 pukul 9.30 pagi..acara anak2 kecil berakhir..so kami pun boleh la balik sementara yang lain2 masih kat padang meneruskan acara bagi anak2 4-6 tahun pula...

tahun depan kalau ada rezeki lagi irfan dah masuk 4 tahun..harap2 event macam ni diteruskan lagi...


Tuesday 19 March 2013

bekerja vs surirumah

salam semua...

hari ni she teringat kepada post yang lepas pasal beKERJAya...maksudnya ibu-ibu yang bekerja macam she n kawan2 lain..sebenarnya bagi kami di bidang pengajaran ni susah nak bercuti berbeza dengan chekgu dan chekgi sekolah yang ada byk cuti masa musim cuti sekolah...kami ni tertakluk kepada cuti rehat sebanyak 30 hari sahaja..kadang2 yang 30 hari tu pun xsempat habis dah tukar tahun...

berbalik kepada hal-hal menjadi surirumah...apabila kadang2 kite dapat bercuti mestilah seronok nak rehat2 kat rumah..buat benda yang kite suke..tapi bagi she bile dok dirumah rasanya sibuk 24 jam plak...start dari bgn pg hinggalah nak tido mlm..lebih letih berbanding bekerja 8-5..huh...rasa nk p opis lak..hahaha...


 ~opis kecilku...~

apa yang lebih penting bile kite bercuti kite dapat spend masa dengan famili terutama skali anak she yang sorang tu...kesian asyik kene tinggal jek...


kadang2 she bawak gak irfan ke opis kalo kene kerja hari cuti..tp ni la jadinye,,abis2 keje pn xsiap gak..hehe

Friday 15 March 2013

kerjayaku

Salam ..

hari ni she nak kongsikan sedikit info berkenaan kerjaya...kerjaya she bermula pada 2007 apabila berjaya dalam temuduga SPA pada Nov 2006...sedikit kronologi kerjaya she...

secara KRONOLOGInya...

Nov 2006 - temuduga SPA, Kuala Lumpur, Jln Chenderasari..

Dis 2006 - keputusan temuduga SPA dikeluarkan ~ she lulus temuduga

Mac 2007 - menjalani kursus intensif di Port Dickson, N9 selama 2 minggu

April 2007 - lapor diri di penempatan pertama, Kuala Lumpur

April 2007 - Ogos 2010 - bertugas di Kuala Lumpur

Ogos 2010 - sehingga hari ini - bertugas di Alor Setar, Kedah 

mesti tertanya-tanya apakah tugas yang she sandang...sebenarnya jawatan yang diberi tidak begitu dikenali seperti mana jawatan2 hebat lain...keje she mengajar di kolej kementerian kesihatan malaysia untuk kursus diploma selama tiga tahun bagi latihan separa perubatan..



Kump 22 (Julai 2007 - Jun 2010)

kump 22 ni adalah kumpulan pertama yang she n d team selaraskan..pada masa tu en azlan sebagai ketua..kemudian allahyarham en mohamad yang ambil alih selepas en azlan ke BPL..

serba sedikit info tentang kolej... 

Kolej Teknologi Makmal Perubatan (KTMP) 
Kuala Lumpur.





Logo Kolej Teknologi Makmal Perubatan



Kolej Teknologi Makmal Perubatan atau dikenali dengan nama pendeknya KTMP yang terletak di Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Ianya diwujudkan bagi melatih pelatih Juruteknologi perubatan yang akan menjalani latihan sepanjang 3 tahun atau 6 semester di sini. Setelah mereka berjaya menamatkan kursus ini, mereka akan dilantik sebagai Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29 yang terlatih dan akan ditempatkan di klinik-klinik dan hospital-hospital kerajaan di seluruh Malaysia.

MLT (Medical Laboratory Technologist) atau JTMP (Juruteknologi Makmal Perubatan) bekerja dalam makmal klinikal atau makmal patologi. Di makmal ini, JTMP menjalankan analisis darah, cecair badan, sel-sel dan tisu. Tugas mereka ialah membantu para doktor menentukan penyebab penyakit dan memberi rawatan yang tepat.JTMP membantu pakar penyelidik dalam ujian dan eksperimen penyelidikan. Mereka juga bekerjasama dengan ahli sains dalam projek penyelidikan.

Juruteknologi Makmal Perubatan memainkan peranan dalam menentukan hidup dan mati seseorang. Keputusan ujian dapat membantu diagnosis penyakit dan membenarkan pemilihan rawatan yang diperlukan bagi setiap pesakit. JTMP bertanggungjawab terhadap rawatan pesakit dengan menjalankan prosedur makmal dalam bank darah, hematologi, kimia klinikal, mikrobiologi dan patologi klinikal.


Subjek yang akan diambil oleh pelatih Diploma juruteknologi makmal perubatan
Tempoh latihan adalah selama 6 semester atau 3 tahun Sains asas – Biologi, Kimia, Anatomi, Imunologi, Biostatistik Sains perubatan – Biokimia klinikal, Mikrobiologi Perubatan, Hematologi, Sains Transfusi Darah, Sitologi & Histologi


Keadaan di dalam dewan syarahan yang digunakan untuk pensyarah untuk menyampaikan syarahan masing-masing.


SEMESTER 1(sains asas)
~Statistik and mathematics
~Kimia
~Instrumentasi
~Biochem
~Biologi Manusia
~Immunologi
SEMESTER 2,3,6

Pelatih semester 2 sedang membedah seekor arnab untuk melihat organ dalaman haiwan tersebut dalam modul Histopatologi.

~Imunohematologi ~Hematologi ~Parasitologi Perubatan ~Mikrobiologi Perubatan ~Sitologi ~Histopatologi ~Patologi Kimia 
SEMESTER 4 & 5

Semester 4 dan semester 5 adalah semester Praktikal. Para pelatih akan ditempatkan di hospital besar di setiap negeri pilihan masing-masing.


Pelatih sedang menjalani latihan praktikal di makmal Histopatologi

Semester 4 - Makmal patologi kimia, mikrobiologi dan parasitologi

Semester 5 - Makmal Haematologi, Imunohematologi, Histopatologi dan Sitologi.

Huraian Setiap subjek
Biokimia Klinikal
-Dalam Biokimia Klinikal, anda akan menguji bahan kimia dalam darah, urin dsb. seperti gula dalam darah, kolesterol, urea, enzim hepar (hati) dan jantung, dsb.

Hematologi
-Hematologi pula mengkaji darah dan sel-sel darah. Ini merangkumi pengesanan penyakit2 darah seperti leukemia dan talassemia.

Microbiologi dan Parasitologi
-Dalam Mikrobiologi dan Parasitologi, anda akan mempelajari mikroorganisma seperti bakteria, fungus, parasit dsb.

Sains Transfusi Darah
-Dalam Sains Transfusi Darah, anda akan mempelajari cara untuk mengetahui kumpulan darah pesakit dan penderma. -Anda juga akan mempelajari cara untuk melihat keserasian darah pesakit dan penderma

Histologi dan Sitologi
-Dalam Histologi dan Sitologi, anda akan menguji dan memeriksa sel dan tisu pesakit. -Ini bertujuan untuk mengesan sel-sel kanser. Anatomi dan Fisiologi -Merupakan kajian terhadap tubuh manusia, organ dan bagaimana ia berfungsi Genetik -Mempelajari bagaimana gen manusia berfungsi dan penyakit-penyakit kromosom.

Pelatih melihat slaid menggunakan mikroskop di dalam makmal

Jadual Waktu Kelas
Kelas bermula setiap hari Isnin sehingga Jumaat setiap minggu. Cuti pada hari sabtu dan ahad. Masa kelas bermula adalah dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Minum pagi pada pukul 10.00 pagi(mengikut budi bicara pensyarah) dan rehat tengahari pada pukul 1.00 petang sehingga jam 2.00 petang.


 Pelatih diwajibkan memakai uniform yang disediakan sepanjang menjalani latihan selama 3 tahun. Setiap semester akan diasingkan mengikut warna pada tudung(perempuan) atau tag nama(lelaki). Warna hijau untuk pelatih tahun 1, biru untuk pelatih tahun 2 dan merah untuk pelatih tahun 3.


Syarat Memohon Kursus ini
Pemohon hendaklah terdiri daripada :

Warganegara Malaysia - Lelaki/Perempuan Umur antara 17-25 tahun pada tarikh permohonan

Kontrak Pekerjaan Sekiranya Bekerja Di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Pelatih tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia diwajibkan berkhidmat dengan Kerajaan bagi tempoh 5 tahun.
Keistimewaan Pelatih 1) Elaun sara diri sebanyak RM621.21 sebulan selama 3 tahun --> sudah dinaikkan kpd RM 835
2) Kemudahan asrama - RM18 sebulan untuk sewa/bil air dan elektrik(dipotong daripada elaun sara diri)
3) Kemudahan bas pergi dan balik ke kolej/asrama.
4) Uniform dan kasut percuma (Setahun 2 pasang) 5) Elaun alat-tulis, nota, buku dan kertas kerja (RM250 setahun)
6) Yuran pendaftaran dan pengajian percuma (100% ditanggung kerajaan)
7) Jaminan pekerjaan sebagai JTMP sejurus selepas tamat latihan.


Pemandangan asrama pelatih perempuan KTMP, KL dari asrama pelatih lelaki



Kemudahan bas disediakan untuk kegunaan pelatih


Tempat pengajian
  • Kolej Teknologi Makmal Perubatan, Kuala Lumpur
  • Kolej Kesihatan Bersekutu (KSKB) Kuching, Sarawak

Gaji Juruteknologi Makmal Perubatan GRED U29 RM 1160.69(Minimum) RM 3057.39(maksimum) Elaun/Imbuhan Tetap Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM160 Imbuhan Tetap Perumahan RM180 Elaun Sara Hidup (COLA)*
*Mengikut wilayah bertugas RM100/RM200/RM300 tangga pekerjaan berdasarkan kajian pekerjaan terbaik di seluruh dunia, Juruteknologi Makmal Perubatan menduduki tangga ke 16 daripada 250 pekerjaan, dan tangga ke 3 dalam bidang sains kesihatan

*Jumlah gaji adalah berbeza mengikut pangkat JTMP(U29,U32,U36,U38 dan paling tinggi adalah U40)

Permohonan
Kepada individu yang berminat untuk mengikuti kursus ini boleh membuat permohonan di laman web SPA di http://spa.gov.my.


sumber: kolejteknologimakmalperubatan.blogspot.com


semua pelatih yang ada dalam gambar di atas telah tamat pengajian dan telah bertugas di makmal2 klinik kesihatan dan hospital kerajaan seluruh Malaysia...tahniah...she pn tak sempat nk meraikan kejayaan mereka sebab dah berpindah ke alor setar..

.


 Kolej Pembantu Perubatan Alor Setar

dan sekarang she bertugas di sini plak...=)

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...